|
|
|
|
|
Muqaddimah
Laman ini sekadar satu bentuk maklumat bagi yang berminat terhadap seni silat Melayu, khasnya seni silat Melayu lama (ancient Malay martial art). Kunjungan anda amat dialu-alukan. Seni silat ini kini dimasyhurkan kepada umum. Sebelum ini ianya hanya diajar dikalangan keluarga dan mereka yang benar-benar rapat dengan guru-guru silat ini secara tradisional di kampung-kampung, sekolah pondok atau persendirian. Setelah lama berdaftar secara rasmi menurut tuntutan undang-undang, seni silat ini kini berkembang untuk diwarisi generasi berikutnya. Usaha ini penting bagi memastikan seni silat Melayu dapat terus dihayati umum amnya dan masyarakat Melayu khasnya. PSSTNM akan sentiasa membawa sikap terbuka dan berlapang dada tanpa mengira aliran, fahaman, keturunan atau status. Pertubuhan sekadar ingin bersama-sama memartabatkan warisan budaya seni silat Melayu kepersada dunia dengan menjadikan negara Malaysia tercinta sebagai muqaddimahnya. Untuk makluman semua, keahlian PSSTNM adalah terbuka kepada semua bangsa.
Untuk makluman semua ahli perguruan, laman
Dapatlah juga kiranya kesemua saudara seperguruan dari Perguruan Seni Silat Tuan Syeikh Ali merapatkan lagi silaturrahim dengan pihak PSSTNM dengan menghubungi kami. Semoga ikatan utuh yang terjalin nanti dapat memberi manfaat bersama disamping menyumbang didalam meninggikan martabat PSSTNM serta memasyhurkannya. Disamping itu janganlah pula kita lupa dalam mengukuhkan silaturrahim dikalangan kita sebagai rakyat Malaysia tercinta. Sikap berpuak-puak adalah satu ciri yang bakal mengundang jahanam dan mereputkan kemakmuran. PSSTNM juga amat berbangga jika dapat terus menjalinkan hubungan intim dengan mana-mana organisasi, khasnya pertubuhan seni mempertahankan diri yang lain. Bersamalah kita lengkap melengkapi dalam menyumbang untuk negara serta mendidik anak bangsa kearah kecemerlangan, kegemilangan dan menjadi pendekar terbilang. Sebarang usaha kerjasama dalam apa bentuk yang produktif tanpa mengira latarbelakang fahaman, persilatan, keturunan atau bangsa adalah amat dialu-alukan, bak kata pepatah 'kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan'.
PENGUMUMAN PENTING PERTUBUHAN SENI SILAT TELAPAK NUSANTARA MALAYSIA ADA MEMBANTU BEBERAPA KUMPULAN SENI SILAT UNTUK BERGERAK SECARA SAH DIBAWAH TUNTUTAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA. BANTUAN INI CUMA BERBENTUK SEMENTARA SAHAJA DAN BUKAN KERJASAMA SECARA LANGSUNG. NAMUN BEGITU, MESTILAH DIFAHAMI BAHAWA, KUMPULAN TERSEBUT TIDAK MEWAKILI PIHAK PERTUBUHAN DALAM APA JUA BENTUK SAMADA DARI ASPEK PEMBELAJARAN, FALSAFAH, AMALAN, FAHAMAN DAN SEBAGAINYA. http://www.senisilat.net ATAU http://www.senisilat.net/english MERUPAKAN SATU-SATUNYA WEBSITE RASMI PERTUBUHAN SENI SILAT TELAPAK NUSANTARA MALAYSIA YANG MENGGAMBARKAN PERKARA SEBENAR BERKENAAN PERTUBUHAN INI. PERTUBUHAN SENI SILAT TELAPAK NUSANTARA MALAYSIA TIADA KAITAN DENGAN SEBARANG WEBSITE YANG LAIN.
©Hakcipta PSSTNM 2007 |